Sunday, September 27, 2009

~(^3^)~ RAYA 2009 ~(^.^)~


Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA!!
SELAMAT HARI RAYA!!
SELAMAT HARI RAYA!!
SELAMAT HARI RAYA!!
SELAMAT HARI RAYA!!
SELAMAT HARI RAYA!!
SELAMAT HARI RAYA!!

Tuesday, August 18, 2009

masih berfikir

fikiran ku mengenai seni Islam..
- bentuk-bentuk Islam
- warna-warna Islam

Friday, August 14, 2009

aku berfikir~

sblm ni sibuk dgn kerja-kerja duniawi
ari ni aku baru ade hati mau buka blog...
rasa ngantuk plak pas makan asam pelam...sluuurp~

ari ni aku brfikir banyak kali nak turun shah alam atau x.
ada 3 benda aku nak wat kat shah alam ari ni.

1. pi lepak dengan forumer fz kat tasik shah alam.
2. pi lepak rumah kawan2 sekelas dulu.
3. pi lepak rumah room mate sekelas dulu.

xtau nak pegi atau xmau pegi...mmg nak pegi pun tapi apa kan daya
duit x ade..dalam saku ade RM2 lebih. tu je la..
nak kuar jalan-jalan nak kena ade duit la kan. karang nak makan ape. makan angin?
duk lepak tgk kawan makan, dalam hati kate 'bau pun jadilah'. mesti terliur kan. duit minyak lagi nak kena fikir. ni kalau tetiba tayar pancit time balik lagi la susah. ada ape dgn 2 ringgit.

xpe la, aku shot trus balik rumah..lagi best!
dah macam diary la plak.

Saturday, July 4, 2009

MERISIK???

TUNANG???

KAWIN???

Saturday, May 9, 2009

agak-agak la....

pagi ni aku marah dua orang polis. polis pun terkejut aku marah.
untungnye blaja masscom dulu. hehehehe....

pagi tadi nak hantar adik aku ke kelas tambahan menaiki moto. perpakaian serba serbi hitam bercampur corak2 seperti dalam gambar



nampak tu corak2 kat lengan*

tengah bawa moto 90km/j dengan berhati-hati. pastu aku ternampak la sebuah kenderaan berhenti di bahu jalan dan aku semakin menghampiri. aku x nampak ade kereta polis kat depan kenderaan tu tau. kemudian boleh plak ade sorang polis ni tetiba timbul kuar dari depan kete dia pastu trus menahan aku yg sedang membawa 90km/j. pulak tu dia nak jugak aku benti depan dia dengan kelajuan tu. mmg x dapat la aku nak benti dengan tiba2.

masa aku tangah break, polis tu bergerak ke tengah jalan untuk halang aku dari terlepas. bodoh ke ape, ko kebal sangat ke? aku dah break ni mmg x dapat benti depan muka dia la. ape lagi polis tu menghulurkan kaki dia untuk menendang moto aku. time ni aku dah menyirap tgk polis tu. nasib baik sempat aku mengelak tapi sudah makan jalan bertentangan.

dia nak aku benti, so aku benti. aku dah bengang time tu, mana x nye aku bawak adik aku nak hantar pi kelas. pastu dia tahan dengan tiba2. tambah pula nak tendang moto aku time aku x sempat benti. time aku benti tu, aku tengok polis tu mcm dinasihati rakannye.

rakan nye datang kat aku minta tunjuk lesen.
wow! hebatnye korang!
aku marah polis tu "tok apahal nak tendang2 moto saya ni?"
"awak xmau benti time kena tahan kenape?"
"nak benti celah mana kalau saya dah dekat baru nak tahan, mmg x dapat benti la. yang sekarang ni apehal nak tendang2 moto saya? ni belakang adik saya, saya nak hantar dia ke kelas."
"eh, kau marah aku plak kan"
"marah la, tok sekongkol dengan dia. kalau tadi eksiden macam mana. agak-agak ar."
sambil tu aku tunjuk dia lesen aku.
"ape la dah dekat baru nak tahan pastu nak tendang2. giler ke ape"
"ok...ok" dia blah mcm tu je.

nasib baik adik aku dah lambat ke kelas. kalau x memang dah tersembur2 air liur aku kat polis yg nak tendang tu. malang jugak aku x amik no.polis diorang.
agak-agak la. tau la ko ade kuasa dan itu keje ko.

lepas aku anta adik aku, aku cuba mencari balik polis tadi. namun, lesap....hilang....xde dah kat tempat tadi. lagi la aku menyirap rasenye.

padan muka, umur dah lanjut, rupa bapak orang tapi kena marah dengan anak muda. bukan x hormat tapi agak kurang tata susila la tingkah laku diorang.

setahu aku la dari mulut orang, polis xleh wat macam tu, dia nak wat roadblock mcm tu kena ada papan tanda 'BERHENTI. PEMERIKSAAN POLIS' dan bukan main tahan macam tu je. sah la diorang ni nak "duit kopi".

ps - aku x bermaksud smua polis di Malaysia ni. aku menceritakan perkara benar yang berlaku pagi tadi.

Tuesday, April 21, 2009

OI!! BENGONG!!

Masa : 11.45 a.m
Tempat : BREM MALL
Kejadian : AKU MERONGGENG AWEK...APAKAH?

21 April 2009, Jalan Kepong - ari ni dalam sejarah yg amat celaka, aku lepak2 amik angin di luar pejabat setelah menyiapkan kerja serba sedikit. sedang menikmati pemandangan tetiba datang la 2 makhluk berpakaian serba serbi putih membawa walkie-talkie.

katanye:
" bang, boleh ikut kami ke pejabat pengawal"

aku katekan "ok?" dengan pertanyaan bermain di fikiran. aku masuk semula ke pejabat sebentar untuk mengambil barang yg diperlukan. jalan punya jalan sampailah ke tempat yang mahu di tuju sambil di escort 2 pengawal.

sampai di dalam aku terus ke skrin camera melihat gelagat orang ramai yg diperlihatkan pada camera tertutup.

pengawal camera : duduk sana dulu ea.
aku : baiklah.

x sampai 1 minit seorang penolong pengawal (aku xtau pangkat dia apa) datang lalu menyoal aku.
penolong pengawal : ko wat pe kat atas tadi.
aku : lepak2 amik angin pasal baru siap skit keje tadi.
penolong pengawal : ko wat pe dengan perempuan tu?
aku : ????
penolong pengawal : ko muka dah ensem2 kena tangkap buat benda x senonoh.
aku : ???? apakah? eh?

x sampai seminit kemudian datang pula boss diorg trus membabi buta syak aku buat benda terkutuk itu.
boss pengawal : ko wat pe dalam bilik tu?
aku : eh, apehal? saya lepak amik angin je.
boss pengawal : ko keje mana?
aku : TXXXXXxxx tingkat 8

kemudian datang pula saksi kejadian yang merupakan seorang perempuan cina
leng lui : eh, bukan dia. baju sudah sama warna merah tapi bukan dia, itu orang xde kolar dan xde corak yg cantik2 mcm dia pakai.
aku : haaa! (aku pandang muka sorang-sorang dalam office pengawal)
semua pengawal : maaf dik. salah orang. kami nampak dia turun dari tingkat 11 melalui kamera tertutup dan pakai baju warna merah.maaf....

aku blah tanpa membuang masa kerana kerja x siap lagi. bagi aku diorg sengal dan x perlu cakap lebih banyak dgn diorg. ada teknologi canggih tapi x mahu guna sepenuhnye. masing2 muka berkerut.

ceritanye ada sorang mamat ni berpakaian berwarna merah melakukan aksi ranjang dengan awek dan di lihat oleh seorang saksi (leng lui tadi). lalu mereka yg berada di tingkat 11 terus berlari turun melalui tangga dan kebetulan aku berada di tingkat 8 untuk mengambil angin. pengawal pun trus syak aku yg lakukan perbuatan itu.